22 Ogo 2011

TENTANG HIDUP

Imam as-Syafei ada mengatakan :

1.Belajarlah ilmu fiqh sebelum kamu menjadi ketua kerana jika tidak kamu tiada kesempatan untuk mempelajarinya.

2.Menuntut ilmu lebih baik daripada solat sunat.

3.Sesiapa benar dalam persaudaraan dengan sahabatnya diterima alasan-alasan, ditutup kekurangan dan diampun kehinaannya.

4. Sesiapa hendakkan kepada dunia maka hendaklah dia mencari ilmu, dan sesiapa yang berkehendakkan akhirat, juga hendaklah dengan ilmu, dan sesiapa yang mahukan kejayaan hidup di dunia dan di akhirat juga hendaklah dengan ilmu.

5. Seseorang tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu melainkan dia menuntut semasa dalam kemiskinan.

6. Sesiapa menuntuit ilmu hendaklah dia mendalaminya, tanpanya kehalusan ilmu akan hilang.

7.Kemiskinan orang yang berilmu ialah kemiskinan ikhtiar, manakala kemiskinan orang jahil ialah kemiskinan kesusahan.

8.Insan yang paling tinggi darjatnya ialah yang tidak melihat darjatnya, dan insan yang paling mulia ialah insan yang tidak melihat kemualiaannya.

9.Persahabatan dengan orang yang tidak takut kepada keaiban akan mendapat malu di hari akhirat.

10.Orang yang menjaga maruah sentiasa dalam perjuangan.