10 Jul 2011

MY STORMKIDS



StormKids adalah satu lagi program Stormreaders Network yang sesuai untuk kanak-kanak. Ia terbahag kepada dua jenis produk;
1. Laman web portal MyStormkids.com,
 2. Pelbagai jenis buku bacaan dan latihan kanak-kanak.

1. Laman Web portal MyStormKids.com


Laman web portal MyStormKids.com menyediakan pelbagai jenis permainan, latih tubi dan laman sosial yang boleh dilayari oleh kanak-kanak. Ia disediakan dalam paparan yang menarik dan mudah untuk digunakan. Kanak-kanak boleh belajar sambil bermain. Dengan konsep permainan dalam pembelajaran akan menarik minat kanak-kanak untuk belajar disamping mereka dapat merasai keseronokan pembelajaran di luar kelas. MyStormKids.com menyediakan pelbagai jenis menu untuk digunakan seperti:

1. Gamespot
2. Chillout
3. Brainfood
4. Eduzone
5. Buddies
6. Speakout
7. myStats
8. Help
Bagaimana hendak mendaftar di MyStormkids.com?
1. Klik pada gambar mystormkids di sebelah kiri.. 
2. Buat pendaftaran dan pembelian (sila rujuk halaman  cara-cara Pembelian)
3. Selepas pembayaran anda telah disahkan, anda akan menerima kod pengaktifan daripada Stormreaders melalui e-mel. Selepas anda menaktifkan keahlian anda, anda boleh menggunakan portal MyStormKids.com


Selamat Mencuba!


2. Pelbagai jenis bahan bacaan, latihan dan 'cd software' untuk kanak-kanak


Stormreaders Network ada menyediakan pelbagai jenis bahan bacaan (novel, kisah nabi-nabi, buku bergambar), bahan latihan (buku mewarna, uji minda, latih tubi sekolah) dan 'cd software' untuk kegunaan kanak-kanak. Ia boleh didapati di sini.



KEISTIMEWAAN PRODUK MYSTORMKIDS
MyStormKids.com™ adalah sebuah web portal pendidikan-hiburan (edutainment) yang dibina khusus untuk kanak-kanak Muslim. Sesuai untuk semua kanak-kanak pra-tadika dan sekolah rendah. MyStormKids.com™ diperkenalkan bagi mewujudkan sebuah laman web yang mampu menyampaikan ilmu dengan cara yang menyeronokkan disamping membantu dalam membimbing mereka ke arah pembentukan jati diri seorang Muslim yang sejati.
MyStormKids.com™ juga boleh dianggap sebagai 'facebook untuk kanak-kanak' kerana mereka boleh berkomunikasi diantara kumpulan mereka, memuat-turun gambar dan banyak lagi yang menarik. Kandungan dan bahan pembelajaran akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
Serta tambahan satu segmen istimewa iaitu Eduzone yang mengkhusus kepada pembelajaran secara formal berpandukan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.
MyStormkids.com boleh dilanggan melalui STORMREADERS NETWORK dengan harga RM300.00 setahun.

Kod Produk = MMSP3001 - Mystormkids
Sekiranya pembelian dibuat di sini, dan pembelian anda terus melayakkan diri menjadi PENGEDAR STORMREADERS( Bayaran Keahlian + MyStormKids.com™ => RM90 + RM300 = RM390 )-rujuk halaman keahlian Stormreaders untuk mengisi maklumat anda, maka Direct Sponsor(Penajaan anda) berpeluang mendapat BONUS tambahan sebanyak RM30 (tidak termasuk bonus penajaan).

*Segala pertanyaan berkenaan MyStormKids.com™ dan bukti pembelian anda perlu juga E-mail kan kepada kami untuk dibuat semakan:
mystormkids@stormreaders.com This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it




MyStormKids.com™ dibahagikan kepada tujuh(7) kategori yang menarik;
Mylife
Menekankan Islam sebagai cara hidup. Ada beberapa panduan khususnya untuk kanak-kanak belajar cara bersolat, cara bertilawah, cara beradab, cara berakidah dan bahasa Arab.

Brainfood
Mengenai fakta-fakta sejarah Islam pada zaman terdahulu. Contohnya Ibnu Khaldun iaitu merupakan seorang tokoh yang memberi sumbangan dalam pemahaman Tamadun.

Chillout
Dalam bahagian mempunyai panduan tambahan antaranya, aktiviti berdoa, uji pengetahuan(teka-teki), mewarna, bercerita, belajar tulisan khat dan ruangan muat turun (wallpaper).

Gamespot
Ruangan permainan untuk kanak-kanak. Ruangan ‘gamespot’ dapat menguji minda kanak-kanak dengan bermain. Selain itu, mereka dapat belajar mengira, mengeja, mengetahui perkataan berlawan dan pelbagai lagi yang menarik.

Buddies
Ini adalah ruangan seperti facebook untuk kanak-kanak iaitu mereka boleh mencari kawan-kawan yang menyertai portal ini. Selain itu, kanak-kanak boleh menghantar surat, e-kad dan pengumuman(berita) kepada rakan mereka.
Speakout
Adalah ‘chatting-room’ untuk kanak-kanak. Selain itu, mereka boleh berkongsi maklumat ataupun idea bersama kawan-kawan.

Eduzone
Merupakan segmen BONUS yang mengkhususkan kepada pembelajaran secara formal (termasuk latihan UPSR) berpandukan kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia.


Sila lihat portal Mystormkids di sini : MyStormKids.com.