9 Jul 2011

KENALI STORMREADERS


STORMREADERS NETWORK SDN BHD (819400-M) (AJL-931780)

Ditubuhkan pada 28hb Mei 2008. Ia merupakan sebuah anak syarikat kepada TELAGA BIRU SDN BHD, iaitu sebuah syarikat Bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997. Dengan pengalaman lebih 10 tahun sebagai penerbit dan pengedar produk-produk Islam terutamanya buku-buku, kaset, CD dan VCD, yang disampaikan oleh ikon-ikon tersohor di tanahair kita seperti Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamud , Ustaz Zahazan Mohamed, Dr Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan ramai lagi.

Jika corak pendekatan pengedaran dan pemasaran produk TELAGA BIRU dibuat secara konvensional. Sebaliknya di STORMREADERS NETWORK pula, ianya merupakan ONLINE BISNES yang menggunakan kaedah system affiliate dan pemasaran bertingkat (MLM). Istimewanya, corak MLM yang digunapakai oleh STORMREADERS NETWORK adalah berteraskan Syariah (Syariah Compliant). Dua tokoh agama yang dilantik oleh Syarikat sebagai Penasihat Syariah adalah Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dan Ustaz Dr Hj Zahazan Mohamed.

Alhamdulillah, setelah hampir setahun program affiliate dan MLM berteraskan Syariah ini dilancarkan, kini STORMREADERS NETWORK bukan sahaja mengedar buku-buku terbitan Telaga Biru sahaja, sebaliknya produk-produk penerbit lain seperti Ana Muslim, Galeri Ilmu dan Tabung Haji juga boleh didapati di dalam “Kedai Stormreaders”. Insyaallah, dimasa akan datang STORMREADERS NETWORK akan muncul sebagai ONE-STOP CENTRE kepada penerbit-penerbit di Malaysia dan luar negara. Ia tentunya akan memudahkan kita semua untuk memiliki produk, menambah ilmu dan menjana pendapatan bersama STORMREADERS NETWORK.
KENAPA ANDA PERLU ONLINE BISNES BERSAMA STORMREADERS ?

Anda boleh memulakan perniagaan ini dengan amat cepat sekali. Proses pendaftaran, selalunya cuma dalam masa 24jam. Setelah itu anda akan terus memiliki sebuah kedai buku (e-store) seperti (sila klik di sini).

Anda tidak perlu bermodal besar untuk memulakan perniagaan ini kerana anda tidak perlu menyimpan stok buku. Di dalam semua perniagaan inilah salah satu faktor yang akan menyebabkan modal anda tersangkut. Seperti semua kedai-kedai dan gedung-gedung buku konvensional, anda perlu menyimpan stok buku-buku yang banyak. Bayangkan tajuk-tajuk buku yang baru kerap diterbitkan, oleh kerana kekurangan modal, anda mungkin tidak dapat mengambil tajuk-tajuk baru. Anda mungkin terpaksa pula membuat jualan murah untuk melariskan stok-stok lama dan tajuk-tajuk yang kurang mendapat sambutan.

Anda tidak perlu mengajikan pekerja, membayar elaun, KWSP, SOCSO, sewa kedai, bil utiliti, lesen perniagaan dan sebagainya kerana kedai buku anda berada secara virtual di internet.

Kedai buku anda dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu termasuk hari cuti umum!

Tiada risiko kecurian, malapetaka, masalah pekerja sakit, pekerja tidak hadir, dsb seperti yang dialami oleh kedai buku konvensional.

Kedai buku anda selalu mempunyai tajuk-tajuk yang terbaru oleh penulis-penulis tersohor dan merangkumi segala topik-topik yang diminati ramai.

Penghantaran buku-buku yang dipesan oleh pelanggan anda dilakukan oleh Stormreaders. 

Anda tidak perlu melakukannya. Bayangkan kos yang anda harus tanggung sekiranya anda perlu mempunyai bahagian delivery anda sendiri – pekerja, kenderaan, stor buku dan pelbagai lagi perkara remeh temeh.




MY STORMKIDS.COM MENYEDIAKAN SESUATU YANG LUAR BIASA UNTUK KEJAYAAN ANAK-ANAK ANDA..!!


Kedai Buku anda setanding dengan MPH, Bolders dan lain-lain lagi. SILA KLIK "SERTAI SEKARANG" untuk sertai Stormreader Network.